Atomic Habits (Edisi Bahasa Melayu)¶
"Untuk menulis sebuah buku yang hebat, anda perlu menjadi buku tersebut terlebih dahulu."
Sebenarnya, masih ada dua perkara yang membuatkan saya tertanya-tanya selepas membaca buku ini. Pertama, mengapa saya tertarik untuk membaca edisi bahasa Melayu buku ini sedangkan buku "Atomic Habits" diterbitkan dahulu dalam bahasa Inggeris (dan merupakan bahasa ibunda pengarang James Clear)1. Kedua, bagaimana James masih mampu bertahan hidup setelah ditimpa kemalangan sukan besbol yang amat dahsyat. Jika anda belum tahu tentang kisah ini, ia diterangkan dengan terperinci dalam bahagian pengenalan buku ini - saya mengesyorkan anda untuk membaca bahagian tersebut. Cerita peristiwa malang itu digambarkan benar-benar nyata sekali.. ngeri betul. Namun demikian, halangan yang dihadapi oleh James selepas itu telah memberikan ruang untuk bukan sahaja memulih daripada kecederaan otaknya, tetapi juga merangka teknik-teknik membina tabiat-tabiat dengan senang.
Pada awal tahun 2025, seorang profesor2 yang menghadiri gereja sama telah mencadangkan beberapa buah buku untuk saya baca; salah satunya ialah "Atomic Habits". Lima bulan kemudian, barulah saya mula membaca buku itu setelah secara kebetulan menjumpai edisi bahasa Melayu ketika membeli-belah di kedai buku Tsutaya di AEON Mall Tebrau City. Bukankah lebih baik kalau permulaan ini berlaku lebih awal lagi? Menulis ulasan ini agak susah kerana kemahiran bahasa Melayu saya sudah merosot secara ketara. Tolong maafkan saya jika aliran bahasa saya tidak memuaskan, saya terpaksa berharap penggunaan alat penterjemahan seperti Google Translate dan sebagainya dapat membantu. 😅
Setelah membaca buku ini, saya merasakan bahawa pengetahuan yang dikongsikan telah menjelaskan dengan terang bagaimana tabiat baik boleh dikekalkan dan disusun sehingga menjadi tindak balas yang hampir automatik. Terdapat isi kandungan buku ini yang amat menarik, seperti hukum perubahan tingkah laku (Isyarat \(\rightarrow\) Keinginan \(\rightarrow\) Tindak Balas \(\rightarrow\) Ganjaran)3, dan hubungan tabiat dengan niat dan pembentukan identiti seseorang. Gaya penerangan yang diguna oleh James seolah-olah membawa pembaca menelusuri konsep asas terlebih dahulu sebelum membina pemahaman yang lebih kompleks daripadanya. Kandungan buku ini disusun seperti memperkenalkan zarah atom yang membentuk molekul, sebelum akhirnya memahami bagaimana molekul-molekul tersebut berfungsi dalam sesuatu solusi kimia4. Disebabkan itu, saya tidak pernah berasa hilang konteks apabila bergerak dari satu bab ke bab seterusnya. Mungkin tabiat saya menulis kutipan kata yang menonjolkan telah membantu saya mengingati semula isi kandungan buku ini dengan baik - sama ada melalui analogi, rujukan sukan, atau minatnya terhadap Star Trek. Ulasan ini sendiri ditulis hampir lima bulan selepas saya selesai membaca buku ini... pada saya, itu cukup membuktikan keberkesanan penyampaiannya5.
Pada masa yang sama, saya tengah berhadapan dengan krisis identiti profesional saya. Ia bermula setelah saya hilang minat terhadap penyelidikan dalam bidang pembelajaran mesin di universiti, dan sebagai akibatnya saya mula berasa jijik terhadap diri-sendiri sepanjang tempoh pandemik COVID-19, dan selepasnya. Setiap kali saya mengimbas kembali kepada masa saya melalui tempoh yang amat merumitkan itu, rasa kecewa tetap muncul - seolah-olah saya telah kehilangan arah sejak saat tersebut. Pembentukan tabiat memang boleh membantu dengan membentuk identiti sendiri. Namun, saya juga sedar bahawa identiti itu perlu dibentuk dengan jujur dan teliti terlebih dahulu, bukannya dibina semata-mata berdasarkan jangkaan atau harapan orang lain. Atas sebab itu, saya memilih buku "Why Has Nobody Told Me This Before?" karya Dr. Julie Smith sebagai bacaan seterusnya. Kini, saya dapat merasakan bahawa minat membaca yang kecil ini sedang perlahan-lahan berkembang menjadi satu peta perkembangan diri - sesuatu yang amat saya perlukan pada fasa kehidupan ini.
Ringkas kata, kandungan karya James Clear ini mengandungi penerangan yang mendalam tetapi mudah difahami oleh pelbagai lapisan pembaca - benar-benar selari dengan namanya, clearly understood. Saya yakin sesiapa yang ingin membina tabiat baik, menghindari tabiat buruk, atau hanya ingin memahami sains di sebalik tabiat, akan mendapat manfaat daripada buku ini. Pada pandangan saya, jika kemalangan yang menimpa James Clear dahulu berakhir dengan berbeza, mungkin kisah hidupnya - dan juga buku ini - tidak akan pernah wujud. Seperti kata Naval Ravikant, "Untuk menulis sebuah buku yang hebat, anda perlu menjadi buku tersebut terlebih dahulu."6 Tidak dapat dinafikan, bukan sahaja kandungan buku ini memang hebat... kehidupan dan perjalanan James sendiri juga demikian.
-
Fakta menarik tentang edisi ini - dari segi harga, buku ini berharga RM49.90. Harga ini lebih murah daripada nilai harga buku yang sama dalam bahasa ibunda (di kedai buku Popular di Malaysia, sebelum sebarang diskaun, buku ini dijual pada harga RM79.90). ↩
-
Seriously though, thanks Dr. Tan Peck Leong for recommending this book, this was such a great read to kick off my reading journey. Broke off from Malay here to address the man who suggested me this book in the language I would personally speak to him with. Dr. Tan (whom I address informally as Uncle Peck Leong) is currently a professor at the Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) in Universiti Teknologi MARA (UiTM). He apparently writes some very good poems too!
Another book he recommended to me was "The Tipping Point" by Malcolm Gladwell, but I might have to ask him what's so special about this book first before giving a shot. Just looking at it makes me not as confident with the author as with James (and now also Dr. Julie Smith as well). It's his occupation as a journalist and a couple of reviews I read online that gave me this trend of thought. ↩
-
James Clear menerangkan bahawa tingkah laku bermula dengan isyarat (cue) yang mencetuskan sebuah keinginan (craving) untuk bertindak. Tindakan ini ialah tindak balas (response) akibat mengharapkan sebuah ganjaran (reward) selepas melakukan tindakan ini. ↩
-
Saya memilih analogi ini hanya sebab tajuk buku ini ialah "Atomic Habits". Mengikut definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, atom merupakan 'bahagian atau unit yang terkecil daripada unsur kimia yang boleh terlibat dalam sesuatu perÂubahan kimia'. Molekul pula ialah 'unit paling kecil sesuatu sebatian yang terdiri daripada dua atau lebih atom'. Konsep kimia ini adalah asas bagi memahami reaksi kimia (contoh yang saya dapat ingat kembali adalah bagaimana proses fotosintesis dapat menukar karbon dioksida ke oksigen). ↩
-
Ulasan ini disediakan pada bulan Januari 2026. Sebelum itu, saya rasa saya meluangkan masa daripada bulan Mei 2025 hingga Ogos 2025 untuk membaca buku ini. Alasan saya atas menunggu sampai sekarang untuk menulis ulasan ini adalah kerana saya masih tidak pasti bagaimana dan di mana saya boleh mengkongsikan ulasan ini dengan cara yang saya rasa adalah yang terbaik - biar dalam platform blog seperti WordPress atau Ghost, ataupun dalam Instagram (secara ringkas). Ia hanya kebetulan sahaja saya juga ada keinginan untuk memulakan laman ini untuk mengkongsikan bahan pembelajaran yang saya ada sepanjang mengajar selama ini. Tambahan pula, membina blog menggunakan Material for MkDocs dulu merupakan ciri yang belum terbuka kepada semua pengguna (perlu bayar untuk mendapatkan akses kepada ciri ini). ↩
-
"To write a great book, you must first become the book."
Edisi Bahasa Melayu buku ini menterjemahkan semua tanda petikan yang sedia ada ke bahasa Melayu. Tanda petikan ini digunakan oleh James semasa menjelaskan semua kandungan dalam buku ini juga merupakan hasil daripada mencubanya secara diri-sendiri. ↩